Saturday, November 30, 2013

Pengalaman Melahirkan Abdullah Faaqeh b. Syarifuddin

Bismillahirrohmanirrohim....

Selamat pagi semua. Hari yang indah, hari yang barakah, hari ahad ni. Hari bersama keluarga tercinta. Seperti yang aku mention dalam last post, aku akan ceritakan pengalaman melahirkan encik tuan Abdullah Faaqeh ni. Sebenarnya dari dulu nak sangat tulis sebab tak nak hilangkan memory tu dari hidup aku. So cara terbaik untuk si short term memory ni adalah dengan cara, tulis dalam blog la...heee.

Pengalaman ketika mengandungkan Faqeeh aku boleh katakan mudahla. Alhamdulillah. aku xde apa-apa masalah alahan, tiada muntah cuma mual-mual biasa, tiada mengiadam-idam pelik2 ni. seingat aku, 2 kali je kot aku mengidam, kuih ketayap dan waffle besar(tak nak kecik). Tapi tetap tak berjaya di-usehakan oleh suamiku-_-. Dapat la,tapi lambat, lepas dah hilang mengidam tu... Nampak tak! kan mengada je mengidam-idam ni sebenarnya. tak jadi apa pun..hahaha...Tapi yang pasti,sejak awal mengandung hingga akhir, aku memang sangat selera nak makan..hasilnya cenggini la!~ Parok nok kurus mula..



Ada dua complication sikit ketika mengandung. Aku kene warded 3 hari sebab premature contraction pada minggu ke-31. Alhamdulillah baby tak keluar. Then, week 37, doctor scan baby aku and shown baby size kecil dari sepatutnya as if still in week 33. So, aku kene refer hospital serdang for detail checking on the cause and effect. namanya abdominal circumference(badan kecik). So aku start la maternity leave since week 37 untuk dapatkan rehat cukup and tak stress2. Lama gak la cuti sebelum beranak. About kurang 3 weeks.

Its already 39weeks. Tapi takda tanda langsung baby nak keluar. Banyak sangat dah aku jalan. Doa la banyak2 supaya tak kene induce if lebih 41 weeks sebab macam2 aku dengan cerita pasal macam mana sakitnya kalau kene ubat induce ni. yela. dia force untuk bukakkan pintu rahim. And satu lagi aku doa supaya air ketuban aku pecah sindiri bukan doktor yang pecahkan sebab aku nak feel sendiri...hahaha...

Harinya sudah tiba, week 39 and 4 days, ketika sedang solat subuh, tiba2 aku rasa berjurai-jurai air keluar. Panic gila aku time solat tu. Teruskan juga solat sambil cuba tahan air tu dari keluar, tapi tak berjaya.. Sah!! Ni air ketuban la ni. Terus aku and suami bergegas ke hospital serdang. Yang bestnya, ada epic sikit la. Masa aku keluar dari rumah nak ke kereta, angin tiub sejuk2 macam angin kat cameron highland tu. Macam suram2 sejuk je. Burung cipcip2 macam riang2 gitu. Aku rasa macam alam tak sabar nak welcoming Faaqeh.Gitu~ heee 

Sampai2, bagus, x ramai orang, sebab awal pagi kan. So laju je la doktor cek semua, Punya2 cek, tub-tub sudah ada 2 cm bukaan katanya. Alhamdulillah bukak dah. Kalau tak bukak, kene induce la sebab ketuban dah pecah. Masa ni sikit sakit pun takde rasa lagi. Apa2 pun, baby WAJIB keluar within 24 hour. Aku relax je la duduk sebelum dapat katil sambil selesaikan baca surah maryam, yasin, as-sajadah, al-waqiah dan al-mulk (Ayat2 amalanku ketika mengandung). Selesai semua, sembang2 la dengan patients lain yang juga sedang menunggu. Semua kata "oh anak pertama. Lama lagi tu. biasa 10 jam rasa sakit. Nak bukak pun memang slow. Akak dulu sampai 2 hari tahan sakit. Awak relax2 je dulu"...........Terus aku rasa meremang! Takut nye la dengar-dengar cerita mereka2 ni. Nak sedapkan hati aku, aku buat2 la dah mula rasa sakit beriye depan mereka. Padahal tak sakit hapa pun lagi...hahaha...sengal nye la -_-

Pelahan-lahan, aku dah mula rasa sakit macam period pain. Bilik siap, masuk 2nd class. 1st class utk yang dah bersalin je. ok la 4 orang, tapi tak boleh orang teman malam2..sedih amat. Start pukul 5 ptg camtu, aku dah mula rasa sakit kuat dah every 3mins. Makan je sikit, masuk toilet membuang. End up, macam tak makan pape la. Pukul 6, rasa macam dah sakit sangat je. Paksa doktor cek. Terkejut besar! Still 2cm! Ya Allah. ni nak kene sakit macam mana lagi ni baru boleh tambah bukaan..Sepanjang sakit tu, aku makan ubat selusuh dari homopathy and kurma.

Tepat jam 7.30 malam, abang dah dipaksa keluar sebab habis waktu melawat. Aku menangis. Sedih teramat sangat sebab time2 sakit macam ni i need abang soooo badlyyyy~~Nampaknya aku kene tahan sakit sorang2... Lemah and downnya aku rasa masa tu.. Tapi sayang Allah tidak bertepi. Ummi muncul dari pintu bilik bersama ainaa adik ku. Syukur tak terhingga dihadiahkan ummi seorang doktor yang pastinya boleh masuk bila2 masa saja. Ummi ingat nak singgah kejab je hantar makanan. Tapi keadaan aku makin teruk. Sakit sampai keluar muntah. Tak tau nak cakap sakit tu macam mana. Tapi kalau orang urut, picit2, rasa selesa la. Ya Allah, syukur teramat sangat ummi ada sama masa sakit amat ni. Dia la yang urut aku tanpa henti sebab time tu rasa sakit dah kurang 1 min setiap kali. Sila cek doktor, tak tahan dah.

And alhamdulillah jam 9 malam, bukaan dah jadi 6cm. doktor suruh hantar labor room sekarang sebab bukaan dah laju. Dalam labor room, aku kene inject dengan ubat yang kurangkan sikit sakit. Plus ada macam nebulizer sedut setiap kali rasa sakit. Anyway, pain is only from your mind not actual pun sebenarnya. Aku try aplikasikan segala cara yang aku belajar masa prenatal class such as cara pernafasan from toe to head. Function nya untuk kita tak focus pada pain. By the way, aku ingatkan labor room tu macam operation theater, gelap, lambu besar bulat tu, sejuk gila, scary. Rupanya tak langsung, macam ward je kot..hahaha.. ok sambung!

Berjuta-juta syukur, disebelah kanan ku ada abang dan di sebelah kiri ku ada ummi ='))) mereka bersamaku hingga akhirnya. Dari situ la kekuatanku.nak nangis.... Jam menunjukkan pukul 11.30p.m. Rasa nak membuang air besar teramat sangat. Aku tanya midwife(nurse yang job as a bidan) boleh tak nak push sekarang. Dia kata cuba lah. Boleh pulak cuba2 kan..ahaha..Aku try push sekali. Terus dia gelabah siapkan semua kelengkapan  and cakap "yes! dah boleh dah! push dah betul dah tu. teruskan push only bila sakit ya".........Boleh tahan semput pushhh wehhhh... Nafas tak kuat nak tahan push lama-lama. Stamina tak kental nih.

Time ni, aku dah tak rasa sakit sangat dah tau. Sakit sikit2 je tapi rasa nak membuang amat sangat. Macam2 gaya dah aku push. Sampai lebam lah tangan abang lepas tu...hahaha..Dah 45mins aku push. cuba imagine berapa puluh kali dah aku push. Kesian baby masuk keluar masuk keluar. Maknye~ Maknye~ Sampai aku rasa giveup, malas dah nak push. Aku tunggu je midwife kata nk operation ke vacum ke (nauzubillah) sebab dah malas -_-...tapi midwifes kate x boleh dah. Kene push jugak sebab baby dh keluar dah pun cuma tak lepas2 je... Sampaikan ada 7 midwife terpaksa masuk untuk bagi semangat kat aku untuk push kuat2 and lama. Memang main peranan sungguh la midwifes ni jerit2. semngat datang balik kot! huhu...And abang pulak tak henti2 bisik kat telinga aku "sayang boleh!" and "baby dah nampak sangat2 dah tu,dah keluar dah tu" same goes to ummi. Tapi nak cerita pasal abang pulak, sekejab2 die pergi jauh dari katil, kejab2 di datang balik pegang aku, kejab pergi balik jauh. nampak la muka dia macam takut amat...comel~~huhuhu. katanya, darah banyak gila2 kot keluar. Aku tak nampak and x imagine pulak boleh keluar darah banyak masa push2 tu..heee..

Midwifes jerit2 minta push kuat2 sebab baby dah lama tersangkut kat bukaan. Demi anak yang tercinta, tepat jam 12.32 a.m. 18/8/13, aku berjaya lakukan push yang paling lamaaaa sekali semenjak 1 jam lalu dan tangisan bayi dah pun kedengaran. Lega beribu-ribu legaaaa.. selesai masyaAllah pertarungan 2 nyawa, akhirnya sekujur tubuh yang comel telah pun berada dalam dipelukanku. Allah Maha hebat, Allah maha besar, dr Allah datangnya segala kekuatan. Midwife minta abang azankan baby tapi kat luar. i wish i can hear it too. Mesti berjijir2 air mata keluar..huuu 

Seterusnya proses keluarkan uri dan menjahit. Alhamdulillah takde masalah. Takde rasa sakitlah aku rasa. Semua berjalan dengan lancar plus ummi tetap ada disisiku teman ku sepanjang proses jahit siap boleh gelak2 lagi dengan midwife yang tengah jahit. Macam takde pape berlaku je tadikan..huhu...Cuma baby kene duduk NICU 3 hari sebab ada selaput merah di kepala disebabkan mak die malas nak push kuat2 biarkan dia tersepit lama2 -_- tobat! x malas2 dah lepas ni..huuu

Kuasa Allah, proses aku melahirkan anak pertama alhamdulillah mudah dan berjalan lancar aja. midwifes semua perempuan,xde laki pun ketika aku bersalin.syukur alhamdulillah. And esoknye aku dah boleh keluar dari hospital dah. Alhamdulillah. Aku takde pape masalah la dengan hospital kerajaan alhamdulillah. Mungkin semua bermula dengan mind set. kalau dari awal lagi dah rasa hospital kerajaan tu teruk, teruk la kita dapat. Positive sentiasa kene ada dalam diri kita. Pasti Allah mudah2kan je...Syukur alhamdulillah di atas pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan ini =)))
  Permataku Abdullah Faaqeh b. Syarifuddin





Wednesday, November 27, 2013

Those beautiful chances

Bismillahirrohmanirohim......

tepat jam 12 malam. Masa untuk diri sendiri pulak. tiba-tiba rasa rindu pada blog yang setahun tak aku bukak. haha..slumber je tinggalkan tanpa kabar berita. kalau tengok post2 yang lepas, baru aku sedar setahun sekali je update yang aku buat semenjak 2012..bahahaha...ok kelakar...tah apa guna blog pun tak tahu kan -_- eh! kejab..jangan bising.Faaqeh dah bukak mata! please tidur balik sayang. ok mata dah tutup.

Haaaa...tiba-tiba keluar nama Faaqeh kan...there! i told you before. everything has totally change! let me briefly story what had happen since end of 2012 until today.

1) 3rd Mac 2012: Rombongan merisik telah datang untuk memetik bunga ditaman. Bunga malu2 tanda setuju ke agenda seterusnya

Kek merisik buat si kumbang

2) 2nd Jun 2012: Majlis pertunangan si bunga dan si kumbang diadakan dengan kecil-kecilan. saudara mara dan rakan-rakan terdekat telah dijemput hadir. Book sudah si bunga itu ^_^ kalau korang nak tahu, kami bertunang masa minggu final exam. tunang hari ahad, selasa lepas tu, papar sr Azrin. memang tunggang langgang la baca. tapi lepas je keluar dari hall, muka bukan main happy and beriya ucap thank you kat sir sebab buat soklan senang. Fortunately, aku dapat A kot untuk subject tu..syukur2... terus rasa macam "kalau la dr awal lagi dah kawin, mesti awal2 lagi suma subject dapat A"..bahahaha
 
 

3) 11th Nov 2012: berlangsunglah ijab dan kabul antara kumbang dan bunga tersebut di Majid Hasanah dan seterusnya majlis resepsi di Village view. langsung tak penah jangka kumbang yang menjadi suami aku itu adalah teman sekelas, teman sekumpulan aku. hohoho... jodoh depan mata ja rupanya Allah hadirkan. sapa budak2 QS tau la macam mana kami "terkenyit2 mata" masa last2 year dalam class tuh...huehuehue. thank you semua yang hadir...ramai sangat alhamdulillah. and sekali lagi syukur sebab hadiah memang best lah..macam dah lengkap dah satu rumah dengan hadiah2 korang. memang saving ok!

Perkenalkan, si kumbang a.k.a suami tercinta Syarifuddin Bin hasan <3 p="">


4) Alhamdulillah Allah hadiahkan rezeki pada kami awal, seulan selepas kahwin, telah hadir ciptaan Allah yang cukup indah dalam tummy ku. dan pada tanggal 18 Ogos 2013, telah lahir kalifah Allah dimuka bumi ini pada jam 12.30 pagi seberat 2.7kg diberi nama oleh ayahnya Abdullah Faaqeh b. Syarifuddin Hasan (Hamba Allah yang memahami/mengerti). Cukup indah pengalaman itu. inSyaAllah entri lepas ni aku cerita pengalaman melahirkan Abdullah Faaqeh pulak.


time past by really fast.. now i am a daughter to Bapak Azimi, A wife to Syarifuddin Hasan and A mother to Abdullah Faaqeh. Thank you Allah for allowing me to feel those precious chances. semoga Allah redho.amin.