- Matawang Syariah
- Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith
- Digunakan sejak 2500 tahun
- Dikenali oleh semua orang
- Sangat bernilai
- Sedikit tapi bernilai
- Nilai yang sebenar
- Nilainya stabil
- Mudah dicairkan
- Lambang kekayaan sebenar
- Melindungi kekayaan
- Tidak boleh dimonopoli
- Menghapuskan riba
- Menghapuskan kemiskinan
- Menghapuskan spekulasi
- Menghapuskan risiko pertukaran matawang
- Nilainya bukan hutang
- Menyelesaikan krisis ekonomi
- Memberikan keadilan kepada masyarakat
- Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
- Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
- Harga barang tidak akan naik lagi
- Kos Haji semakin menurun berbanding dinar
- Mempercepatkan pembahagian pusaka
- Memudahkan pelaksanaan hudud
- Pembayaran zakat lebih tepat
- Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
- Tiada inflasi
- Tidak terbakar
- Tidak berkarat
- Tiada tarikh luput
- Warnanya tidak akan pudar
- Tidak boleh dibinasakan
- Tidak boleh ditiru
- Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
- Tidak boleh dimanipulasi
- Tidak perlu jaminan kerajaan
- Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilai
- Matawang 1 dunia pada masa hadapan
- Boleh digadaikan
Sunday, December 5, 2010
dinar emas...pelaburan yang pasti!
dinar iraq..kaya cepat??
bismillahirrohmanirrahim...
kecoh sekarang ini dengan fenomena dinar iraq yang katanya amat menuntungkan jika berlaku apungan pada mata wang iraq. secara briefly yang aku tau....
iraq telah mengalami kejatuhan ekonominya sejak amerika menyerangnya pd tahun 1991.Sebelum diserang Amerika, nilainya adalah sekitar 3.30 USD bagi 1.00 IQD. Sekarang nilainya sekitar 0.00090 USD bagi setiap dinar. kemudiaanya Dinar baru diperkenalkan sejak 15 Oktober 2003. Apakah pendapatan utama negara Iraq sekarang. Jawapannya ialah menjual matawangnya sendiri kepada bank asing. Pada setiap bulan Bank Negara Iraq menjual dinarnya. Yang terakhir pada 13 Julai 2009 sebanyak USD 170 juta. Iraq menjual dinarnya kerana mahukan matawang asing untuk membiayaai kos pentadbiran dan pembangunan negaranya. dulu, Dinar Kuwait penah berlaku sebegini dan telah melonjak naik. Kuwait merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar dunia berbanding IRAQ yang merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di dunia malah merupakan pengeluar gas asli terbesar di dunia juga merupakan pengeluar gandum dan buah tamar yang terbesar di dunia. faktor utama untuk kenaikkan dinar iraq ini adalah bergantung pada ekonomi iraq sendiri. sumber menunjukkan iraq mengeluarkan 2.7 hingga 3 juta tong minyak dalm sehari untuk menaikkan kembali mata wang nya.
tapi,tidak ada sapa tahu bila dinar iraq ini akn diapungkan..mungkin akan dan mungkin tidak..tapi kalau ikutkan logik,berkemungkinan besar la disebabkn hasil bumi iraq yg sgt kaya tu. tapi aku tetap tak de kayakinan nak invest pada benda yang x nampak pastinya lagi ni..lain la dengan emas yang pasti akn naik nilainya..and sekarang ni,surrounding ramai yang sedang invest.and macam2 cerita yang aku dengar..sampaikan ada yang terus malas untuk bekerja sebab yakin yang dinar iraq akan apung awal tahun ni..and aku terfikir satu hadith rasulullah berkaitan dengan tanda2 kiamat..
Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim)
dengan lain kata, pengembala sendiri akan menjadi kaya di akhir zaman ini.jika benar apungan ini terjadi,orang miskin akan senang2 saje jadi kaya tanpa sedikit useha pun..kalau diikutkan,25k iraq boleh dibeli dengan rm200 kebawah..jika berlaku apungan,boleh jadi dalam tgn ade rm25000 cmtu la lebih kurang..sapa je yang x nak beli kalau ia benar berlaku...tapi bagaimana pula dipandangan Allah?adakah boleh/Allah redho dengan kekayaan tanpa hasil useha..aku pun x pasti.x tau nk kupas lebih detail bab ini dengan dikaitkan dengan islam.wallahualam..hanya Allah je yang tahu..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu jelas, di antara perkara halal dan haram dinamakan syubhat yang tidak diketahui oleh ramai. Sesiapa yang menjauhi dari perkara syubhat sesungguhnya dia telah menyelamatkan agama dan kehidupannya, barang sesiapa yang melakukan perkara syubhah sesungguhnya dia telah melakukan perkara yang haram. (riwayat Bukhari dan Muslim]
yang pastinya,kiamat semakin hampir...timbang2 balik,cukupkah amalanku untuk menghadap Tuhan nanti?semoga aku diberi kekuatan untuk sentiasa berjuang untuk agamaku..ameen~
Thursday, December 2, 2010
islam..agamaku...
lps dengar segment "islam agamaku" dlm radio ikim, tertarik untuk menulis berkaitn saudara baru islam:muallaf..dalam segment tu,ikim menjmput borhan x silap namanya yang convert dr cina ke islam..banyak yang dia kongsikan contohnye bab penerimaan keluarga dan persekitaran,sbb die memilih islam,dan dll..aku juga ada kenalan muaalaf dr usa kalau tak silap.hidayah yang Allah bagi pada dia ketika dia belajar silat di usa.ustaz silat tu yang menarik die msk islam.alhamdulillah dgn izin Allah, dh lebih kurang 20 thun jgk lah dia msk islam..
"islam,agamaku"...beruntunglah pd siapa yang memang dilahirkan dlm keluarga islam..org melayu khususnye..tapi kalau diteliti balik btul2..org yg baru masuk islam lagi appreciate islam dan lebih mengabdikan diri pd Allah..sebabnya mereka sendiri yang discover islam itu adalah agama yg sebenar2nya,mereka sendiri yang mangkaji akan keindahan islam itu sendiri,mereka sendiri yang merasa lain/istimewa bile mendekati islam,mereka sendiri yang menemui kemanisan islam itu, mereka sendiri yang membina kepercayaan terhadap kepercayaan baru mereka iaitu islam..akhirnya mereka temui jalan yang lurus ISLAM.
kita yang memang dilahirkan islam ini kadang2 sering kali lupa diri,leka dan ada juga yang mencari sesuatu yang bercanggah dengan islam, cuba2 mengikut cara agama2 lain..ramai juga orang islam yang tak memahami islam itu apa sebenarnya tapi sekadar islam atas nama iaitu hanya mengikut2 sahaja apa yang orang islam lain lakukan..sebabnya islam itu datang sendiri dalm hidup kita,bukan dengan effort kita sendiri mencari agama yang hakiki ini..jadi senang hilang rasa apreciate dlm sesuatu yg kite buat bile tnpe daya useha kita sndiri..boleh jadikan contoh,bile kite beli sesuatu dgn duit sendiri,kita akn jd bnd tu dengan baik sekali.tapi jika ia menggunakan duit mak ayh kita,kita mnjaganya x seperti detailnya kita mnjaga barang yang menggunakan duit kita sendiri.sama juga dengan macam mana org sekarang handle agama islam ini sendiri..Allahuakbar~~
org islam kini tidak dapat lagi dijadikan contoh.seperti kata Borhan dalam temu bual smlm.."kalau hanya berpndukan dengan melihat org2 islam dimalaysia ini sendiri,sampai bila2 pun saya tidak akan masuk islam.sy tertarik dengan islam adlah dengan cara sy byk membaca berkenaan islam,mengkaji dan menilai islam itu sendiri dan juga membandingkan islam dengan agama lama saya"....
Agama Islam telah membina keseimbangan antara kedua segi kehidupan: kebendaan dan kerohanian.Islam menyuruh manusia supaya membersihkan jiwanya, sekaligus membentuk dan membangunkan kehidupan dunianya, perseorangan maupun masyarakat, dan supaya membina kebenaran atas kekuasaan dan kebajikan atas kejahatan. Jadi, Islam itu berdiri di atas jalan tengah bagi segala sesuatu.Islam bukan satu agama yang hanya berkait dengan kehidupan pribadi manusia,tp termasuk juga masyarakat, material dan moral, ekonomi dan politik, hukum dan kebudayaan, nasional dan internasional.lengkap dr segala segi.Al-Qur'an juga memerintahkan supaya manusia memeluk agama Islam secara keseluruhan, tanpa memilih. Kenyataan sekarang membuktikan bahwa ruang lingkup agama itu dibatasi hanya pada kehidupan perseorangan, sedangkan peranan sosial dan kebudayaannya ditinggalkan. oleh sebab inilah kemerosotan agama berlaku di abad modern sekarang ini..kurangnya dai dalam mnyampaikan dan mengingatkan.yg ada pun mungkin hnya fokus kpd sesetngah aje bukan keseluruhan umat islam.
bangkitlah wahai org2 islam..jgn sekali2 kau perlekehkan agama yg suci ini.dalami,perlajari dan gali seberapa byk ilmu agama supaya engkau dpt mencapai orang islam yang sebenarnya2 islam~berbanggalah kmu didalam islam.
Islam bukan hanya teori. Islam adalah praktis. Islam bukan soal-soal sebahagian. Islam berarti penyerahan diri yang sempurna kepada kehendak Allah s.w.t. dan ajaran-ajaran-Nya.
DOA BUATMU YA ALLAH~

ya Allah...hanya padamu ku memohon.Tuhan sekalian alam..pandanglah aku dgn punuh kasih sayang MU ya Allah..ampunkanlah doa hambaMu ini baik yg telah berlaku,sedang dan akan berlaku..juga dosa kedua ibu bapa ku.matikanlah aku dlm kalam mu dan dlm islam..tenangkan dan tabahkanlah hati ini dalam menerima apa saja dugaan yg kau berikan..Engkau tau apa yang aku tidak tahu..permudahkanlah setiap urusan ku lg2 urusan berkaitn dgn tuntutan Mu ya ALLAH..supaya hati ini berasa tenang dlm setiap apa yang aku lakukan..berikanlah kesabaran dalam diri ini dalam menanti kebahagiaan yg KAu sediakan untuk ku kelak..juga redhokanlah hati ini dlm menerima apa saja ujiaan dr Mu kelak..aku lemah,aku tak kuat,aku sering alpa dengan hasutn duniawi..bimbinglah dan tunjukkanlah aku ke jalan yg Kau redhoi..jangan pesongkan hati ini Ya Allah..jgn Kau lenyapkan hidayah Mu pd Ku ya Allah~aku hancur tanpa Mu Ya Allah~~terlalu byk dosa yang aku telah lakukan..tapi Kau tetap sntiasa melimpahkan rezekiMu kpd ku~~maafkan aku ya Allah~~aku pohon kepada Mu~~bantulah aku dalam menyelesaikan kecelaruan didalam hati ni~permudah dan percepatkanlah urusan hamba Mu ini supaya aku tenang dalam meneruskan khidupan ini dan meningkatkan ketaatanku padaMU~~AMINYAROBBALA'ALAMIN~
Tuhanku,
aku bersujud hanya padaMU
aku memohon hanya padaMU
aku manusia lemah
lemah dalam berjuang
lemah dalam mendidik
tapi,
aku ingin teruskan perjuangan ini
aku mahu kekal di jalan ini
YA Tuhanku
pertolonganMu ku dambakan
bantulah aku
dalam menyelesaikan urusan duniaku
dalam perjalanan ke akhirat sana
bantulah aku
menegakkan kebenaran
melaungkan kecintaan
hanya padaMU ya RABB
ya Rahman ya Rahim
hanya padaMU ku mohon kekuatan
ku mohon kekuasaan
agar aku mampu mengharungi
setiap detik kurniaanMU
tanpa sedikit sia-sia
ya Malik
Kau tahu apa yang terbaik untuk diriku
kerana setiap ketentuanMU
adalah yang maha terbaik
ya Khaliq
hanya padaMU ku mohon pertolongan
hanya padaMU ku panjatkan tawakkal
Kau lapangkanlah dadaku
dalam apa jua yang Kau tentukan
Terima kasih ya Allah
kerana hari ini
aku masih mampu
merayu pertolonganMU
hanya padaMU jua ku berserah
Tuesday, November 30, 2010
sukalah dengan yang ada.....
1/dis/2010-->5 hari lagi untuk result keluar..bedebarnya.tapi2 tiba2 terfikir......
impian, kenangan, angan-angan, kenyataan...
sangat sinonim dengan hidup kita..daripada kecik lagi dalam mind masing2 ada cita2,nk berjaya,nk bahagia,nk kaya,nk pasangan yg cantik hensem...kesimpulnnya segala-galanya nk positif saje..haha..sape je yg x nak bende2 yang menyenangkan dlm hidup dia..
but when life go through, everything change...ada angan-angan kita jadi kenyataan, ada yang hampir2 je nak dpt, ade yg terpesong terus..xde kaitan langsung dengan angan-angan kita tu..
itulah sebenarnya lumrah hidup yang kita kene terima..kita memang diberi ruang untuk berkhayal,berangan2, merancang...tetapi yang mutlak memegang ketetapan sesuatu itu adalah Dia iaitu Allah sendiri..
tapi,orang selalu salah tafsir dengan statement yang "kita tunggu jelah ape yg Allah bg,sbb sume Allah dh tetapkan dah"..bukan tu mksudnya..kita tidak boleh hnya menunggu kejayaan yg datang tanpa useha..tapi kita kene faham yang Allah Maha bijaksana dalam merancang segalanya.Dia lebih tau apa yang terbaik untuk hambanya.sama ada dalam bentuk kezaliman ke penganiayaan ke, semua tu ada tersirat sesuatu hikmah yang terahsia maknanya.
bila impian tak tercapai,mulala kita rasa kecewa,sedih, salahkan takdir, rasa diri ni teruknye xdpt capai target..tapi kita perasan tak, drpd apa yang kita x kecapi tu,sebenarnya byk lagi rezeki atau pemberian yang Allah dh bg dalam keadaan sedar atau pun tidak pada kita..cuma kita je yang gagal selami maksud sebenar ketentuan Allah tu and tak nampak apa sebenrnya kehendak takdir Allah tu..
trust me!byk sebenarnya bende yang kita rasa baik tapi rupa2nya sgt buruk untuk kita.tapi yg kita rasa buruk pulak,rupa2 nya yang terbaik untuk kita. manusia ni selalu pandang sesuatu gune mata kasar je,fkir bnde yg nmpak jek.yang tersurat kita x tau..
since kita dah useha bagai nak gila,doa pun dah banyak sgt dah panjatkan dekat Dia..tinggal nak tunggu je ape yg kita capai..then give 100% trust to Allah for what going to happen then..set dlm mind yang even tak dapat pun, tu bukan sebab aku tak useha,tp tu sebab Allah lebih sayangkan kita,jadi dia pilih yag terbaik je untuk kita or mungkin Allah nak pelihara kita dr perkara2 yang boleh menambahkan dosa kita (riak ke)...kalau dpt yang terbaik,maknanya Allah yakin yg kita layak untuk miliki kesenangan and kejayaan tu..
Dari Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: "Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu." Tetapi berkatalah: "Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya," sebab sesungguhnya ucapan "andaikata" itu membuka pintu godaan syaitan." (Riwayat Muslim)
jadinya...SUKALAH APA YANG ANDA ADA ^_^ syukran
MULAKAN KEMBALI (",)
dekat dua tahun berlalu blog ini menyepi..tak pasti kenapa biarkan je ia menyepi..
---->tak de mase ke..byk sgt mase ke..bosan dgn blog ke..xde idea nak tulis ape ke..takut untuk berkongsi apa2 ke....
masih tak pasti..tp pastinya antara sebab2 tu jugak..
dah2!tolak tepi semua sebab tu..yang penting blog ni dpt kongsi pd semue ape2 yg aku tau..even org tu dah tau ape yg aku nk cerite..atleast yg belum tau boleh dpt manfaat drpd blog ini..and masa aku pun dpt isi dengan menulis ape2 sje yg aku dpt spnjng hari2 aku..
LETS START THIS BLOG AGAIN!^_^