Sunday, December 5, 2010

dinar iraq..kaya cepat??

bismillahirrohmanirrahim...

kecoh sekarang ini dengan fenomena dinar iraq yang katanya amat menuntungkan jika berlaku apungan pada mata wang iraq. secara briefly yang aku tau....

iraq telah mengalami kejatuhan ekonominya sejak amerika menyerangnya pd tahun 1991.Sebelum diserang Amerika, nilainya adalah sekitar 3.30 USD bagi 1.00 IQD. Sekarang nilainya sekitar 0.00090 USD bagi setiap dinar. kemudiaanya Dinar baru diperkenalkan sejak 15 Oktober 2003. Apakah pendapatan utama negara Iraq sekarang. Jawapannya ialah menjual matawangnya sendiri kepada bank asing. Pada setiap bulan Bank Negara Iraq menjual dinarnya. Yang terakhir pada 13 Julai 2009 sebanyak USD 170 juta. Iraq menjual dinarnya kerana mahukan matawang asing untuk membiayaai kos pentadbiran dan pembangunan negaranya. dulu, Dinar Kuwait penah berlaku sebegini dan telah melonjak naik. Kuwait merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar dunia berbanding IRAQ yang merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di dunia malah merupakan pengeluar gas asli terbesar di dunia juga merupakan pengeluar gandum dan buah tamar yang terbesar di dunia. faktor utama untuk kenaikkan dinar iraq ini adalah bergantung pada ekonomi iraq sendiri. sumber menunjukkan iraq mengeluarkan 2.7 hingga 3 juta tong minyak dalm sehari untuk menaikkan kembali mata wang nya.

tapi,tidak ada sapa tahu bila dinar iraq ini akn diapungkan..mungkin akan dan mungkin tidak..tapi kalau ikutkan logik,berkemungkinan besar la disebabkn hasil bumi iraq yg sgt kaya tu. tapi aku tetap tak de kayakinan nak invest pada benda yang x nampak pastinya lagi ni..lain la dengan emas yang pasti akn naik nilainya..and sekarang ni,surrounding ramai yang sedang invest.and macam2 cerita yang aku dengar..sampaikan ada yang terus malas untuk bekerja sebab yakin yang dinar iraq akan apung awal tahun ni..and aku terfikir satu hadith rasulullah berkaitan dengan tanda2 kiamat..

Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim)

dengan lain kata, pengembala sendiri akan menjadi kaya di akhir zaman ini.jika benar apungan ini terjadi,orang miskin akan senang2 saje jadi kaya tanpa sedikit useha pun..kalau diikutkan,25k iraq boleh dibeli dengan rm200 kebawah..jika berlaku apungan,boleh jadi dalam tgn ade rm25000 cmtu la lebih kurang..sapa je yang x nak beli kalau ia benar berlaku...tapi bagaimana pula dipandangan Allah?adakah boleh/Allah redho dengan kekayaan tanpa hasil useha..aku pun x pasti.x tau nk kupas lebih detail bab ini dengan dikaitkan dengan islam.wallahualam..hanya Allah je yang tahu..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu jelas, di antara perkara halal dan haram dinamakan syubhat yang tidak diketahui oleh ramai. Sesiapa yang menjauhi dari perkara syubhat sesungguhnya dia telah menyelamatkan agama dan kehidupannya, barang sesiapa yang melakukan perkara syubhah sesungguhnya dia telah melakukan perkara yang haram. (riwayat Bukhari dan Muslim]

yang pastinya,kiamat semakin hampir...timbang2 balik,cukupkah amalanku untuk menghadap Tuhan nanti?semoga aku diberi kekuatan untuk sentiasa berjuang untuk agamaku..ameen~

No comments: