Tuesday, June 2, 2015

Too many false alarm in 2nd pregnancy

Salam'alaik

As promised, pengalaman bersalin anak ke 2 disini kita kupas ^_^
Macam dalam title post ni "too many false alarm" , asik terasa nak mintak suami dan teacher hannah(my montessori teachermate) hantar pergi hospital je. Haha. Tapi sebenarnya confius and dah lupa sakit contraction tu macam mana sebenarnya.ahak!

Makin lama makin dekat dengan EDD, rasa makin gelabah. Yang paling gelabah adalah dapat bersalin di mana aku ni?? Masa faaqeh dulu bersalin di hospital serdang. Tapi sekarang, banyak sangat dengar cerita hospital serdang penuh dan terpaksa kene campak pergi hospital kajang which is aku belum cukup berani lagi experience di kajang yang mana suami tak boleh masuk labor room and macam-macam cerita condition di kajang.

Dalam risau fikirkan nasib aku, tiba-tiba masa pergi appointment in week 37, terborak la dengan seorang akak ni. Dia suddenly mention pasal Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8 Putrajaya. Seumur hidup tak pernah dengar langsung pasal tempat ni. Apa lagi tangan laju review website dia and blog2 orang yang pernah bersalin disini.

Rupanya tempat ni since 2012 kot. And ia adalah one of 1 Malaysia punya project. Rules untuk bersalin disini kene anak ke 2 dan keatas, tiada komplikasi masa 1st pregnancy, tiada masalah kesihatan sepanjang mengandung dan lain2. Disini,hanya ada midwife yang akan sambut baby tiada doktor sebab tu dia tak terima yang ada risiko. Dia buat kuaters kerajaan jadi pusat bersalin.
Aku terus call pusat ni untuk tau macam mana procedure nak deliver di sana and aku layak ke tidak. So, nurse interview aku sikit dalam phone. Then dia kata "ok awak boleh bersalin disini, hanya walk in sahaja bila dah rasa sakit. Tapi kalau ketuban sudah pecah dari rumah,awak perlu check di hospital putrajaya dulu. Kalau tiada masalah baru akan dihantar ke sini"

Walaupun hati dah lega sikit, tapi tetap risau boleh ke aku bersalin di situ, selamat ke. Untuk pengetahuan,pusat bersalin ni semuanya dilakukan secara semula jadi; tiada proses pecahkan ketuban,tiada episiotomi(gunting), tiada ubat tahan sakit,tiada induce and etc. Aku asik fikir je boleh ke tak aku survive dengan keadaan amat natural ni.

In week 39,satu hari aku dah rasa sakit perut. Makin lama makin kerap 2 in 10 sampai ke tengah malam Tak boleh tidur. Pukul 2 pagi aku kejut suami untuk 'betul2' hantar ke pusat bersalin. Sampai2 je kat situ,sunyi sepi. Sampai kena tekan bell mintak nurse bangun dari tidur. Haha. Cuba imagine bertapa tak busy nye pusat bersalin ni. Bermula la proses check2, nurse confirmkan 3cm sudah bukaan. Terus mengeletar rasa badan sebab dah tau tak lama lagi nak masuk medan perjuangan.

Kemudian, aku di tempatkan dalam labour room kerana semua wad dah penuh. Selesa yang amat labour room dia. Dah macam private hospital dah. Nak dijadikan cerita, makin lama contraction aku macam makin hilang. Tengah hari tu aku dah rasa relax sangat dah. Nurse still buat CTG dia kata contraction aku still ada 1 in 10 minutes cuma aku dah tak rasa dah. Sudahhhh, false alarm jugakkk rupanyaaa. Tapi aku tak dibenarkan balik sebab dah 3cm bukak and bacaan contraction dalam CTG tetap ada.

Then,aku dipindahkan ke wad biasa which is tak macam wad tapi macam duduk dalam bilik sendiri. Korang imagine apartment yang ada 3 bilik, sorang satu bilik,aircond setiap bilik,privacy sangat and harga wad sehari adalah RM3. Rm3 sahaja tak tipu. Kali ni aku betul happy dengan plan PM. Memang selesa amat. Layanan nurse tip top. Ok sambung, memandangkang pusat bersalin ni totally natural, nurse mintak aku jalan banyak supaya ada progress pada bukaan and contraction kuat balik.

You know what,aku warded 3 hari tanpa apa-apa progress pada bukaan aku which is 3cm neither strong contraction. Fuhhh...setiap hari 10 pusingan aku buat keliling kuaters kerajaan tu, jalan itik, ketuk ketampi..semua aku buat dengan jayanya. Tapi tetap relax je baby dalam perut ni..haha..terlalu cepat rupa2nya aku serah diri dekat nurse -_-

Hari ke 3,doctor decided aku kene dihantar ke hospital putrajaya jugak sebab dah lama sangat and alhamdulillah ade la progress sikit sebab dah turun show (blood) and sikit lagi nak bukak 4cm. So aku dihantar dengan ambulan pukul 12.30 terus ke hospital putrajaya. Sebenarnya ada juga impian nak bersalin di putrajaya tapi putrajaya tolak orang yang tak duduk putrajaya, so matikan je angan-angan tu. Tapi Allah kasi chance jugak aku bersalin di putrajaya..alhamdulillah

Sampai2 je,aku terus kene tolak labour room. And doctor check sah dah 4cm. Ketuban pun dipecahkan. Baru la datangnya sebenar2 contraction. (Ok janji x lupa dah sakit ni supaya nanti anak ke 3 tak lagi serah diri awal2 kat hospital =p ). Doktor kata kalau progress still slow after 4 hour, induce akan diberikan. Aku doa kuat-kuat supaya jangan kene induce. Sebab semua kata sakit gila kalau induce.

Alhamdulillah suami disisi sepanjang di labour room. Kali ni aku hanya nak di kipaskan setiap kali contraction menyerang. Rasa lega yang amat setiap kali suami kipaskan. Satu la hospital putrajaya ni, dia kan half2 kan, so berkali-kali doktor and nurse tanya nak epidural ke tidak. And jawapan aku tetap sama, tak nak! Cara diorang business la ni.

Pukul 3ptg nurse cek dah 7cm. Syukur alhamdulillah banyak progress x perlu la induce. 3.40 petang, dah start nak membuang dah, nurse cek dah 9cm and mintak try untuk push. Ni la yang dulu aku fail ni masa anak pertama, kene meng push2 ni. Tapi kali ni, aku syukur sangat Allah hantar sorang doktor ni. Dia mengira 1 sampai 10 masa aku push.so aku dapat agak la nak tahan nafas lama mana. Memang aku focus pada doktor tu je.

Syukur alhamdulillah, dalam 4-5 kali push baby selamat dilahirkan. And its a Girl masyaAllah. Betul-betul girl. Tak salah dah macam 1st one.haha
Alhamdulillah Allah mudahkan lagi proses bersalin kali ni. Allah bagi sakit yang sekejab sahaja berbanding dulu. Dan Allah bagi aku peluang bersama anakku dan menyusukannya terus sejurus selepas bersalin. Macam faaqeh dulu dia terpaksa duduk NICU dulu. Alhamdulillah kali ni semua lancar perjalanan.

Kemudian aku dipindahkan semula ke pusat bersalin presint 8 dan discharge esok harinya dengan hanya total bayaran kurang RM30.

Dan inilah dia permata ke2 hadiah dariNya anak solehah yang amat berharga.
                         Nafysah Binti Syarifuddin
Tiada yang lebih berdaya hanyalah dengan pertolongan daripada Nya. Useha yakin doa dan tawakal, pasti Allah tunjukkan kemudahannya. Nikmat Allah yang mana lagi yang patut aku dustakan. ALLAHUAKBAR!

Wasalam.

Monday, June 1, 2015

Pengalaman mengandung anak ke 2

Salamun'alaik

Last post 2013. Lahirkan anak pertama. Latest post-mengandung anak ke 2. Nampak tak kegunaan blog ni untuk apa?? Hahaha...sabar je la. No no i did not mean to. 😛 busy sangat mungkin. Baru anak sorang.
Ni die abang abdullah Faaqeh dah 1 tahun 10 bulan

Ok ok lupakan yang lalu. Mulakan hidup baru 😆😆
Actually,anak ke 2 dah selamat dilahirkan dah. Tapi nak jugak saperate kan cerita sebab nanti panjang berjelar-jelar sangat. So lets start with 2nd pregnant experience.

Jauh beza daripada yang pertama,first 3 months memang teruk morning sickness nya. Asal makan muntah,batuk sikit muntah dah. Kejab-kejab lari pergi tandas masa dalam class sampaikan student yang mintak aku balik je amek MC. Syukur jugak masa 3rd trimester,learning session dah habis dah sebab dah nak final exam. So tidak la flat sangat.

And buat aku gagah sikit masa pregnant 2nd ni, aku fully consume Herbalife. Masa 1st pregnancy,cuak2 lagi nak consume sebab takut jadi apa2 dekat baby. So 2nd ni dah confident and alhamdulillah asbab nya aku maintain bertenaga sampai la dah sarat 9 bulan mengandung. Aku tidak ambil apa-apa ubat hospital dan susu ibu mengandung. So those are the things that i consumed during pregnancy:-Shake,tea,aloe,multivitamin,calcium and omega3

            (produk ini bukan bertujuan untuk mengubati mana-mana penyakit)

Masa 2nd pregnancy ni yang paling best berat aku hanya naik 13kg sahaja berbanding dengan the 1st one,28kg wow aku naik!! Memang menakutkan. Haha. So mak2 yang tengah pregnant 1st one ni,sila jangan excited sangat,happy sangat sampai tak ingat dunia makan-makan yang konon-konon nya tengah mengidam sangat tu...haha

In 27 weeks of pregnancy,tiba tiba faaqeh demam campak. Dua benda yang celarukan kepala, risaukan faaqeh and diri sendiri. Takkan nak quarantine kan aku dari faaqeh..time2 macam ni la die nak mak die sentiasa. Masa tu aku doa banyak-banyak sangat supaya faaqeh cepat sehat and aku tak menjangkit. Kalau aku kene,baby dalam perut pun bahaya.. and alhamdulillah seminggu je,lepastu settle..fuhh

Next tragic thing happen, aku suddenly suspected dengue in week 33 of pregnancy. Which is my 2nd time kena dengue. Which is orang kata kena kali ke2 akan jadi makin teruk. Andddd memang benarr....😵😵😵 teruk dia sampai aku kene warded 7 hari, platlet jatuh sampai bacaan 11 and x naik2 sampai 3 hari, pedih ulu hati yang amat teruk sampai sakit gila kalau nak gerakkan badan sikit pun, licking paru-paru,penuh gila bintik-bintik satu badan,tangan dah bengkak gila dah dua-dua belah sebab banyak kali sangat2 kene cucuk ambil darah 😵😵😵😵😵 hanya Allah je yang tau macam mana seksa nya. And malam2 nangis sebab rindu gila2 dekat faaqeh masa tu. segala benda aku dah makan just name it;jus betik,sup ketam,sup belut,air kelapa dan akhir sekali kakak ipar aku bawakan 10liter air zam2 and kurma nabi. Aku tekat habiskan 10liter tu dalam 2 hari je kott x silap...lepas je dari tu asbabnya,platlet aku terus naik dan naik dan naik...syukur alhamdulillah baby tiada masalah tiada bleeding 😊😊

Pregnancy kali ni, mama ib ni rajinnnn masak. Asal nampak je orang post makanan sedap dalam FB,terus google cari resepi..hihi...len dengan yang 1st one,malas sungguh masaknya..😜
ohh satu lagi! 1st pregnancy as a quantity surveyor which is stresssss dan letihhh amat sepanjang pregnant.. 2nd pregnancy as a montessori teacher which is seronokkkkk dengan 'taman-taman syurga' setiap hari cari -cari idea untuk give them something to be learned 💚💚💚💚💚

Minggu minggu terus berlalu macam biasa lepas tu. Tiada apa apa masalah sampai lah ke week 39 of pregnancy..... so to be continue in the next post...

Wassalam semua