Last post 2013. Lahirkan anak pertama. Latest post-mengandung anak ke 2. Nampak tak kegunaan blog ni untuk apa?? Hahaha...sabar je la. No no i did not mean to. 😛 busy sangat mungkin. Baru anak sorang.
Ok ok lupakan yang lalu. Mulakan hidup baru 😆😆
Actually,anak ke 2 dah selamat dilahirkan dah. Tapi nak jugak saperate kan cerita sebab nanti panjang berjelar-jelar sangat. So lets start with 2nd pregnant experience.
Jauh beza daripada yang pertama,first 3 months memang teruk morning sickness nya. Asal makan muntah,batuk sikit muntah dah. Kejab-kejab lari pergi tandas masa dalam class sampaikan student yang mintak aku balik je amek MC. Syukur jugak masa 3rd trimester,learning session dah habis dah sebab dah nak final exam. So tidak la flat sangat.
And buat aku gagah sikit masa pregnant 2nd ni, aku fully consume Herbalife. Masa 1st pregnancy,cuak2 lagi nak consume sebab takut jadi apa2 dekat baby. So 2nd ni dah confident and alhamdulillah asbab nya aku maintain bertenaga sampai la dah sarat 9 bulan mengandung. Aku tidak ambil apa-apa ubat hospital dan susu ibu mengandung. So those are the things that i consumed during pregnancy:-Shake,tea,aloe,multivitamin,calcium and omega3
(produk ini bukan bertujuan untuk mengubati mana-mana penyakit)
Masa 2nd pregnancy ni yang paling best berat aku hanya naik 13kg sahaja berbanding dengan the 1st one,28kg wow aku naik!! Memang menakutkan. Haha. So mak2 yang tengah pregnant 1st one ni,sila jangan excited sangat,happy sangat sampai tak ingat dunia makan-makan yang konon-konon nya tengah mengidam sangat tu...haha
In 27 weeks of pregnancy,tiba tiba faaqeh demam campak. Dua benda yang celarukan kepala, risaukan faaqeh and diri sendiri. Takkan nak quarantine kan aku dari faaqeh..time2 macam ni la die nak mak die sentiasa. Masa tu aku doa banyak-banyak sangat supaya faaqeh cepat sehat and aku tak menjangkit. Kalau aku kene,baby dalam perut pun bahaya.. and alhamdulillah seminggu je,lepastu settle..fuhh
Next tragic thing happen, aku suddenly suspected dengue in week 33 of pregnancy. Which is my 2nd time kena dengue. Which is orang kata kena kali ke2 akan jadi makin teruk. Andddd memang benarr....😵😵😵 teruk dia sampai aku kene warded 7 hari, platlet jatuh sampai bacaan 11 and x naik2 sampai 3 hari, pedih ulu hati yang amat teruk sampai sakit gila kalau nak gerakkan badan sikit pun, licking paru-paru,penuh gila bintik-bintik satu badan,tangan dah bengkak gila dah dua-dua belah sebab banyak kali sangat2 kene cucuk ambil darah 😵😵😵😵😵 hanya Allah je yang tau macam mana seksa nya. And malam2 nangis sebab rindu gila2 dekat faaqeh masa tu. segala benda aku dah makan just name it;jus betik,sup ketam,sup belut,air kelapa dan akhir sekali kakak ipar aku bawakan 10liter air zam2 and kurma nabi. Aku tekat habiskan 10liter tu dalam 2 hari je kott x silap...lepas je dari tu asbabnya,platlet aku terus naik dan naik dan naik...syukur alhamdulillah baby tiada masalah tiada bleeding 😊😊
Pregnancy kali ni, mama ib ni rajinnnn masak. Asal nampak je orang post makanan sedap dalam FB,terus google cari resepi..hihi...len dengan yang 1st one,malas sungguh masaknya..😜
ohh satu lagi! 1st pregnancy as a quantity surveyor which is stresssss dan letihhh amat sepanjang pregnant.. 2nd pregnancy as a montessori teacher which is seronokkkkk dengan 'taman-taman syurga' setiap hari cari -cari idea untuk give them something to be learned 💚💚💚💚💚
Minggu minggu terus berlalu macam biasa lepas tu. Tiada apa apa masalah sampai lah ke week 39 of pregnancy..... so to be continue in the next post...
Wassalam semua


No comments:
Post a Comment