Saturday, August 12, 2017

The 3rd labour experience πŸ˜‹

Bismillahirohmanirohim..
Bertemu lagi kita selepas 2 tahun ye blog 😁😁Ni nama nya tempat wajib tinggalkan sejarah pregnant journey πŸ˜…πŸ˜… 

2017, alhamdulillah abg faaqeh dah 4 tahun. Kak nafysah dh 2 tahun.

Semoga Allah kekalkan kesihatan dan pelihara mereka dimana saja.amin..Dannn 2017 jugak..lets enjoy reading my 3rd deliver journey😎😎

Kali ni adalah pregnancy yang paling x dok diam. Sampai 6 months masih zumba and main netball. Lepas2 tu dh slow2 exercise dengan students je. Sampai la 8 bulan dah dok diam2 tak melompat dah..haha. alhamdulillah Allah lancarkan semuanya😚😚

In week 39, bangun je daripada tidur, ada keluar air. Rasa macam banyak tapi x mengalir. Jalan lagi, keluar lagi. Ni dah confius dah air apa ni. Terus ajak encik abang cek kt klinik air ketuban cukup ke tak.

Ke klinik aisyah la kami. Doktor cek sume ok xde masalah. Sekali dr kata "jom kita cek bukaan" 😲 aisey! Perlu ke!! Redho je. Cek2, Tetibe dr tu ckp "awk ni nak bersalin kt sini ke?? Dh 6cm dh ni!!" 😲😲😲 pengsannn. Terkedu! laju terus heart beat

Zoomm terus ke pusat bersalin berisiko rendah presint 8. "Saya dtg sbb klinik ni kata saya dah 6cm" pengakuan jujurku..haha. doktor pun cek. "Awk biar betul. Ni 2-3cm je ni" 😲😲😲sekali lagi pengsan.haha. patut la xde rasa sakit ape pun lagi. " dah.awk pergi jalan2 kat alamanda dulu. Kang dah rasa sakit kuat,datang sini balik. Jangan keluar putrajaya tau! " baik doktor.

Aku pun dengan mendengar katanya ajak suami pergi balik rumah, tidur dulu ngantok.haha. sebelum tu makan cakoi gebu fizomawar dulu. Tiba2 hanset pula buat hal xleh charge. Alang2 nak cepatkan bukaan Suami ajak beli hanset pula dekat mines. Pukul 9 mlm dah sakit 1 to 5 minutes. Pergi singgah dinner dulu tapi x lalu dah sebab sakit dah kuat.

Pukul 10, sampai di PBBR presint 8. Doktor cek, "3cm lagi ni. Takpe saya try besarkn sikit". Sekali, bunyi PUPP!! ketuban terpecah wehh. Doktor terpecahkan. "Alamak.sori la. Kami terpaksa hantar awak ke hospital putrajaya sebab ni dah high risk" πŸ˜–πŸ˜–πŸ˜– aku redho, ikutkan saja.

Tapi lepas je doktor tu terpecahkn ketuban,contraction dah kuat. Masuk ward hospital putrajaya pukul 12 malam. Aku plan nak tido cepat2, kang nk push xde tenaga pula. Ya ampunn x bolehh sebab sakit dh kuat setiap 2 minit. Mata je pejam,otak melayang2 tahan sakit. Sampai lah 1.15 pagi dah sakit kurang seminit and nak teran dah.

Doktor cek dah 6cm. Doktor masukkan ubat poo poo. Mula la saat yang huru hara!! Nurse cakap "ok awk pergi toilet,tapi jangan teran taw! Biar je poo keluar sendiri". Aku dalam toilet tu x keruan habis. Dengan rasa nak poo poo nye and rasa baby nak keluar nye. Cuba bayangkan, nak kene tahan dari baby keluar sambil nak kene keluarkan poo poo 😣😣😣 celaru habis time tu. Keluar masuk toilet sebab perut memulas2 tengah celaru nak apa sebenarnya.hahaha.. nurse pula sebok carik wheelchair and document2.

Cepat laaa nursee saya nak teran dah ni!! Wheelchair pulak uzur naa rupenye..stuck2 pulak. Aku dok bongkok kepit perut aku. "Awak sandarlah" " xleh nurse,kene kepit dari nak teran dah ni" haha..

Finally sampai di labor room. Terus nurse cek "ok! Awak boleh teran dah!" Aku push sekali lame gile. Nurse suruh stop2. "Heartbeat awak dah tinggal 1 je ni" hahaha. Push lagi,kepala keluar. Lagi sekali, keluar semua. SubhanaAllah. It happen so fast. Allah lancarkan semuanya.

Tiba la encik syarifuddin di labor room terpinga-pinga nurse tengah pegang baby. Dia ingat tu baby patient sebelum ni. Rupanya anak dia la dah selamat keluar. Tak sempat dia masuk, baby dah selamat keluar. Summa Alhamdulillah.

Inilah dia Abdullah Faaeq bin Syarifuddin (papa nya pilih nak Faa juga 😏😏) Hamba Allah yang terkemuka. Dilahirkan pada 16 july 2017 pada jam 1.50 pagi.



Semoga Allah menjadikan Faaeq terkemuka dengan kebaikan mu untuk agama,keluarga, dan seluruh di langit dan dibumi. Semoga senang untuk mendidik kamu seperti mana senang mama melahirkan mu. Amin ya Rob

Tuesday, June 2, 2015

Too many false alarm in 2nd pregnancy

Salam'alaik

As promised, pengalaman bersalin anak ke 2 disini kita kupas ^_^
Macam dalam title post ni "too many false alarm" , asik terasa nak mintak suami dan teacher hannah(my montessori teachermate) hantar pergi hospital je. Haha. Tapi sebenarnya confius and dah lupa sakit contraction tu macam mana sebenarnya.ahak!

Makin lama makin dekat dengan EDD, rasa makin gelabah. Yang paling gelabah adalah dapat bersalin di mana aku ni?? Masa faaqeh dulu bersalin di hospital serdang. Tapi sekarang, banyak sangat dengar cerita hospital serdang penuh dan terpaksa kene campak pergi hospital kajang which is aku belum cukup berani lagi experience di kajang yang mana suami tak boleh masuk labor room and macam-macam cerita condition di kajang.

Dalam risau fikirkan nasib aku, tiba-tiba masa pergi appointment in week 37, terborak la dengan seorang akak ni. Dia suddenly mention pasal Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8 Putrajaya. Seumur hidup tak pernah dengar langsung pasal tempat ni. Apa lagi tangan laju review website dia and blog2 orang yang pernah bersalin disini.

Rupanya tempat ni since 2012 kot. And ia adalah one of 1 Malaysia punya project. Rules untuk bersalin disini kene anak ke 2 dan keatas, tiada komplikasi masa 1st pregnancy, tiada masalah kesihatan sepanjang mengandung dan lain2. Disini,hanya ada midwife yang akan sambut baby tiada doktor sebab tu dia tak terima yang ada risiko. Dia buat kuaters kerajaan jadi pusat bersalin.
Aku terus call pusat ni untuk tau macam mana procedure nak deliver di sana and aku layak ke tidak. So, nurse interview aku sikit dalam phone. Then dia kata "ok awak boleh bersalin disini, hanya walk in sahaja bila dah rasa sakit. Tapi kalau ketuban sudah pecah dari rumah,awak perlu check di hospital putrajaya dulu. Kalau tiada masalah baru akan dihantar ke sini"

Walaupun hati dah lega sikit, tapi tetap risau boleh ke aku bersalin di situ, selamat ke. Untuk pengetahuan,pusat bersalin ni semuanya dilakukan secara semula jadi; tiada proses pecahkan ketuban,tiada episiotomi(gunting), tiada ubat tahan sakit,tiada induce and etc. Aku asik fikir je boleh ke tak aku survive dengan keadaan amat natural ni.

In week 39,satu hari aku dah rasa sakit perut. Makin lama makin kerap 2 in 10 sampai ke tengah malam Tak boleh tidur. Pukul 2 pagi aku kejut suami untuk 'betul2' hantar ke pusat bersalin. Sampai2 je kat situ,sunyi sepi. Sampai kena tekan bell mintak nurse bangun dari tidur. Haha. Cuba imagine bertapa tak busy nye pusat bersalin ni. Bermula la proses check2, nurse confirmkan 3cm sudah bukaan. Terus mengeletar rasa badan sebab dah tau tak lama lagi nak masuk medan perjuangan.

Kemudian, aku di tempatkan dalam labour room kerana semua wad dah penuh. Selesa yang amat labour room dia. Dah macam private hospital dah. Nak dijadikan cerita, makin lama contraction aku macam makin hilang. Tengah hari tu aku dah rasa relax sangat dah. Nurse still buat CTG dia kata contraction aku still ada 1 in 10 minutes cuma aku dah tak rasa dah. Sudahhhh, false alarm jugakkk rupanyaaa. Tapi aku tak dibenarkan balik sebab dah 3cm bukak and bacaan contraction dalam CTG tetap ada.

Then,aku dipindahkan ke wad biasa which is tak macam wad tapi macam duduk dalam bilik sendiri. Korang imagine apartment yang ada 3 bilik, sorang satu bilik,aircond setiap bilik,privacy sangat and harga wad sehari adalah RM3. Rm3 sahaja tak tipu. Kali ni aku betul happy dengan plan PM. Memang selesa amat. Layanan nurse tip top. Ok sambung, memandangkang pusat bersalin ni totally natural, nurse mintak aku jalan banyak supaya ada progress pada bukaan and contraction kuat balik.

You know what,aku warded 3 hari tanpa apa-apa progress pada bukaan aku which is 3cm neither strong contraction. Fuhhh...setiap hari 10 pusingan aku buat keliling kuaters kerajaan tu, jalan itik, ketuk ketampi..semua aku buat dengan jayanya. Tapi tetap relax je baby dalam perut ni..haha..terlalu cepat rupa2nya aku serah diri dekat nurse -_-

Hari ke 3,doctor decided aku kene dihantar ke hospital putrajaya jugak sebab dah lama sangat and alhamdulillah ade la progress sikit sebab dah turun show (blood) and sikit lagi nak bukak 4cm. So aku dihantar dengan ambulan pukul 12.30 terus ke hospital putrajaya. Sebenarnya ada juga impian nak bersalin di putrajaya tapi putrajaya tolak orang yang tak duduk putrajaya, so matikan je angan-angan tu. Tapi Allah kasi chance jugak aku bersalin di putrajaya..alhamdulillah

Sampai2 je,aku terus kene tolak labour room. And doctor check sah dah 4cm. Ketuban pun dipecahkan. Baru la datangnya sebenar2 contraction. (Ok janji x lupa dah sakit ni supaya nanti anak ke 3 tak lagi serah diri awal2 kat hospital =p ). Doktor kata kalau progress still slow after 4 hour, induce akan diberikan. Aku doa kuat-kuat supaya jangan kene induce. Sebab semua kata sakit gila kalau induce.

Alhamdulillah suami disisi sepanjang di labour room. Kali ni aku hanya nak di kipaskan setiap kali contraction menyerang. Rasa lega yang amat setiap kali suami kipaskan. Satu la hospital putrajaya ni, dia kan half2 kan, so berkali-kali doktor and nurse tanya nak epidural ke tidak. And jawapan aku tetap sama, tak nak! Cara diorang business la ni.

Pukul 3ptg nurse cek dah 7cm. Syukur alhamdulillah banyak progress x perlu la induce. 3.40 petang, dah start nak membuang dah, nurse cek dah 9cm and mintak try untuk push. Ni la yang dulu aku fail ni masa anak pertama, kene meng push2 ni. Tapi kali ni, aku syukur sangat Allah hantar sorang doktor ni. Dia mengira 1 sampai 10 masa aku push.so aku dapat agak la nak tahan nafas lama mana. Memang aku focus pada doktor tu je.

Syukur alhamdulillah, dalam 4-5 kali push baby selamat dilahirkan. And its a Girl masyaAllah. Betul-betul girl. Tak salah dah macam 1st one.haha
Alhamdulillah Allah mudahkan lagi proses bersalin kali ni. Allah bagi sakit yang sekejab sahaja berbanding dulu. Dan Allah bagi aku peluang bersama anakku dan menyusukannya terus sejurus selepas bersalin. Macam faaqeh dulu dia terpaksa duduk NICU dulu. Alhamdulillah kali ni semua lancar perjalanan.

Kemudian aku dipindahkan semula ke pusat bersalin presint 8 dan discharge esok harinya dengan hanya total bayaran kurang RM30.

Dan inilah dia permata ke2 hadiah dariNya anak solehah yang amat berharga.
                         Nafysah Binti Syarifuddin
Tiada yang lebih berdaya hanyalah dengan pertolongan daripada Nya. Useha yakin doa dan tawakal, pasti Allah tunjukkan kemudahannya. Nikmat Allah yang mana lagi yang patut aku dustakan. ALLAHUAKBAR!

Wasalam.

Monday, June 1, 2015

Pengalaman mengandung anak ke 2

Salamun'alaik

Last post 2013. Lahirkan anak pertama. Latest post-mengandung anak ke 2. Nampak tak kegunaan blog ni untuk apa?? Hahaha...sabar je la. No no i did not mean to. πŸ˜› busy sangat mungkin. Baru anak sorang.
Ni die abang abdullah Faaqeh dah 1 tahun 10 bulan

Ok ok lupakan yang lalu. Mulakan hidup baru πŸ˜†πŸ˜†
Actually,anak ke 2 dah selamat dilahirkan dah. Tapi nak jugak saperate kan cerita sebab nanti panjang berjelar-jelar sangat. So lets start with 2nd pregnant experience.

Jauh beza daripada yang pertama,first 3 months memang teruk morning sickness nya. Asal makan muntah,batuk sikit muntah dah. Kejab-kejab lari pergi tandas masa dalam class sampaikan student yang mintak aku balik je amek MC. Syukur jugak masa 3rd trimester,learning session dah habis dah sebab dah nak final exam. So tidak la flat sangat.

And buat aku gagah sikit masa pregnant 2nd ni, aku fully consume Herbalife. Masa 1st pregnancy,cuak2 lagi nak consume sebab takut jadi apa2 dekat baby. So 2nd ni dah confident and alhamdulillah asbab nya aku maintain bertenaga sampai la dah sarat 9 bulan mengandung. Aku tidak ambil apa-apa ubat hospital dan susu ibu mengandung. So those are the things that i consumed during pregnancy:-Shake,tea,aloe,multivitamin,calcium and omega3

            (produk ini bukan bertujuan untuk mengubati mana-mana penyakit)

Masa 2nd pregnancy ni yang paling best berat aku hanya naik 13kg sahaja berbanding dengan the 1st one,28kg wow aku naik!! Memang menakutkan. Haha. So mak2 yang tengah pregnant 1st one ni,sila jangan excited sangat,happy sangat sampai tak ingat dunia makan-makan yang konon-konon nya tengah mengidam sangat tu...haha

In 27 weeks of pregnancy,tiba tiba faaqeh demam campak. Dua benda yang celarukan kepala, risaukan faaqeh and diri sendiri. Takkan nak quarantine kan aku dari faaqeh..time2 macam ni la die nak mak die sentiasa. Masa tu aku doa banyak-banyak sangat supaya faaqeh cepat sehat and aku tak menjangkit. Kalau aku kene,baby dalam perut pun bahaya.. and alhamdulillah seminggu je,lepastu settle..fuhh

Next tragic thing happen, aku suddenly suspected dengue in week 33 of pregnancy. Which is my 2nd time kena dengue. Which is orang kata kena kali ke2 akan jadi makin teruk. Andddd memang benarr....😡😡😡 teruk dia sampai aku kene warded 7 hari, platlet jatuh sampai bacaan 11 and x naik2 sampai 3 hari, pedih ulu hati yang amat teruk sampai sakit gila kalau nak gerakkan badan sikit pun, licking paru-paru,penuh gila bintik-bintik satu badan,tangan dah bengkak gila dah dua-dua belah sebab banyak kali sangat2 kene cucuk ambil darah 😡😡😡😡😡 hanya Allah je yang tau macam mana seksa nya. And malam2 nangis sebab rindu gila2 dekat faaqeh masa tu. segala benda aku dah makan just name it;jus betik,sup ketam,sup belut,air kelapa dan akhir sekali kakak ipar aku bawakan 10liter air zam2 and kurma nabi. Aku tekat habiskan 10liter tu dalam 2 hari je kott x silap...lepas je dari tu asbabnya,platlet aku terus naik dan naik dan naik...syukur alhamdulillah baby tiada masalah tiada bleeding 😊😊

Pregnancy kali ni, mama ib ni rajinnnn masak. Asal nampak je orang post makanan sedap dalam FB,terus google cari resepi..hihi...len dengan yang 1st one,malas sungguh masaknya..😜
ohh satu lagi! 1st pregnancy as a quantity surveyor which is stresssss dan letihhh amat sepanjang pregnant.. 2nd pregnancy as a montessori teacher which is seronokkkkk dengan 'taman-taman syurga' setiap hari cari -cari idea untuk give them something to be learned πŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’š

Minggu minggu terus berlalu macam biasa lepas tu. Tiada apa apa masalah sampai lah ke week 39 of pregnancy..... so to be continue in the next post...

Wassalam semua

Saturday, November 30, 2013

Pengalaman Melahirkan Abdullah Faaqeh b. Syarifuddin

Bismillahirrohmanirrohim....

Selamat pagi semua. Hari yang indah, hari yang barakah, hari ahad ni. Hari bersama keluarga tercinta. Seperti yang aku mention dalam last post, aku akan ceritakan pengalaman melahirkan encik tuan Abdullah Faaqeh ni. Sebenarnya dari dulu nak sangat tulis sebab tak nak hilangkan memory tu dari hidup aku. So cara terbaik untuk si short term memory ni adalah dengan cara, tulis dalam blog la...heee.

Pengalaman ketika mengandungkan Faqeeh aku boleh katakan mudahla. Alhamdulillah. aku xde apa-apa masalah alahan, tiada muntah cuma mual-mual biasa, tiada mengiadam-idam pelik2 ni. seingat aku, 2 kali je kot aku mengidam, kuih ketayap dan waffle besar(tak nak kecik). Tapi tetap tak berjaya di-usehakan oleh suamiku-_-. Dapat la,tapi lambat, lepas dah hilang mengidam tu... Nampak tak! kan mengada je mengidam-idam ni sebenarnya. tak jadi apa pun..hahaha...Tapi yang pasti,sejak awal mengandung hingga akhir, aku memang sangat selera nak makan..hasilnya cenggini la!~ Parok nok kurus mula..



Ada dua complication sikit ketika mengandung. Aku kene warded 3 hari sebab premature contraction pada minggu ke-31. Alhamdulillah baby tak keluar. Then, week 37, doctor scan baby aku and shown baby size kecil dari sepatutnya as if still in week 33. So, aku kene refer hospital serdang for detail checking on the cause and effect. namanya abdominal circumference(badan kecik). So aku start la maternity leave since week 37 untuk dapatkan rehat cukup and tak stress2. Lama gak la cuti sebelum beranak. About kurang 3 weeks.

Its already 39weeks. Tapi takda tanda langsung baby nak keluar. Banyak sangat dah aku jalan. Doa la banyak2 supaya tak kene induce if lebih 41 weeks sebab macam2 aku dengan cerita pasal macam mana sakitnya kalau kene ubat induce ni. yela. dia force untuk bukakkan pintu rahim. And satu lagi aku doa supaya air ketuban aku pecah sindiri bukan doktor yang pecahkan sebab aku nak feel sendiri...hahaha...

Harinya sudah tiba, week 39 and 4 days, ketika sedang solat subuh, tiba2 aku rasa berjurai-jurai air keluar. Panic gila aku time solat tu. Teruskan juga solat sambil cuba tahan air tu dari keluar, tapi tak berjaya.. Sah!! Ni air ketuban la ni. Terus aku and suami bergegas ke hospital serdang. Yang bestnya, ada epic sikit la. Masa aku keluar dari rumah nak ke kereta, angin tiub sejuk2 macam angin kat cameron highland tu. Macam suram2 sejuk je. Burung cipcip2 macam riang2 gitu. Aku rasa macam alam tak sabar nak welcoming Faaqeh.Gitu~ heee 

Sampai2, bagus, x ramai orang, sebab awal pagi kan. So laju je la doktor cek semua, Punya2 cek, tub-tub sudah ada 2 cm bukaan katanya. Alhamdulillah bukak dah. Kalau tak bukak, kene induce la sebab ketuban dah pecah. Masa ni sikit sakit pun takde rasa lagi. Apa2 pun, baby WAJIB keluar within 24 hour. Aku relax je la duduk sebelum dapat katil sambil selesaikan baca surah maryam, yasin, as-sajadah, al-waqiah dan al-mulk (Ayat2 amalanku ketika mengandung). Selesai semua, sembang2 la dengan patients lain yang juga sedang menunggu. Semua kata "oh anak pertama. Lama lagi tu. biasa 10 jam rasa sakit. Nak bukak pun memang slow. Akak dulu sampai 2 hari tahan sakit. Awak relax2 je dulu"...........Terus aku rasa meremang! Takut nye la dengar-dengar cerita mereka2 ni. Nak sedapkan hati aku, aku buat2 la dah mula rasa sakit beriye depan mereka. Padahal tak sakit hapa pun lagi...hahaha...sengal nye la -_-

Pelahan-lahan, aku dah mula rasa sakit macam period pain. Bilik siap, masuk 2nd class. 1st class utk yang dah bersalin je. ok la 4 orang, tapi tak boleh orang teman malam2..sedih amat. Start pukul 5 ptg camtu, aku dah mula rasa sakit kuat dah every 3mins. Makan je sikit, masuk toilet membuang. End up, macam tak makan pape la. Pukul 6, rasa macam dah sakit sangat je. Paksa doktor cek. Terkejut besar! Still 2cm! Ya Allah. ni nak kene sakit macam mana lagi ni baru boleh tambah bukaan..Sepanjang sakit tu, aku makan ubat selusuh dari homopathy and kurma.

Tepat jam 7.30 malam, abang dah dipaksa keluar sebab habis waktu melawat. Aku menangis. Sedih teramat sangat sebab time2 sakit macam ni i need abang soooo badlyyyy~~Nampaknya aku kene tahan sakit sorang2... Lemah and downnya aku rasa masa tu.. Tapi sayang Allah tidak bertepi. Ummi muncul dari pintu bilik bersama ainaa adik ku. Syukur tak terhingga dihadiahkan ummi seorang doktor yang pastinya boleh masuk bila2 masa saja. Ummi ingat nak singgah kejab je hantar makanan. Tapi keadaan aku makin teruk. Sakit sampai keluar muntah. Tak tau nak cakap sakit tu macam mana. Tapi kalau orang urut, picit2, rasa selesa la. Ya Allah, syukur teramat sangat ummi ada sama masa sakit amat ni. Dia la yang urut aku tanpa henti sebab time tu rasa sakit dah kurang 1 min setiap kali. Sila cek doktor, tak tahan dah.

And alhamdulillah jam 9 malam, bukaan dah jadi 6cm. doktor suruh hantar labor room sekarang sebab bukaan dah laju. Dalam labor room, aku kene inject dengan ubat yang kurangkan sikit sakit. Plus ada macam nebulizer sedut setiap kali rasa sakit. Anyway, pain is only from your mind not actual pun sebenarnya. Aku try aplikasikan segala cara yang aku belajar masa prenatal class such as cara pernafasan from toe to head. Function nya untuk kita tak focus pada pain. By the way, aku ingatkan labor room tu macam operation theater, gelap, lambu besar bulat tu, sejuk gila, scary. Rupanya tak langsung, macam ward je kot..hahaha.. ok sambung!

Berjuta-juta syukur, disebelah kanan ku ada abang dan di sebelah kiri ku ada ummi ='))) mereka bersamaku hingga akhirnya. Dari situ la kekuatanku.nak nangis.... Jam menunjukkan pukul 11.30p.m. Rasa nak membuang air besar teramat sangat. Aku tanya midwife(nurse yang job as a bidan) boleh tak nak push sekarang. Dia kata cuba lah. Boleh pulak cuba2 kan..ahaha..Aku try push sekali. Terus dia gelabah siapkan semua kelengkapan  and cakap "yes! dah boleh dah! push dah betul dah tu. teruskan push only bila sakit ya".........Boleh tahan semput pushhh wehhhh... Nafas tak kuat nak tahan push lama-lama. Stamina tak kental nih.

Time ni, aku dah tak rasa sakit sangat dah tau. Sakit sikit2 je tapi rasa nak membuang amat sangat. Macam2 gaya dah aku push. Sampai lebam lah tangan abang lepas tu...hahaha..Dah 45mins aku push. cuba imagine berapa puluh kali dah aku push. Kesian baby masuk keluar masuk keluar. Maknye~ Maknye~ Sampai aku rasa giveup, malas dah nak push. Aku tunggu je midwife kata nk operation ke vacum ke (nauzubillah) sebab dah malas -_-...tapi midwifes kate x boleh dah. Kene push jugak sebab baby dh keluar dah pun cuma tak lepas2 je... Sampaikan ada 7 midwife terpaksa masuk untuk bagi semangat kat aku untuk push kuat2 and lama. Memang main peranan sungguh la midwifes ni jerit2. semngat datang balik kot! huhu...And abang pulak tak henti2 bisik kat telinga aku "sayang boleh!" and "baby dah nampak sangat2 dah tu,dah keluar dah tu" same goes to ummi. Tapi nak cerita pasal abang pulak, sekejab2 die pergi jauh dari katil, kejab2 di datang balik pegang aku, kejab pergi balik jauh. nampak la muka dia macam takut amat...comel~~huhuhu. katanya, darah banyak gila2 kot keluar. Aku tak nampak and x imagine pulak boleh keluar darah banyak masa push2 tu..heee..

Midwifes jerit2 minta push kuat2 sebab baby dah lama tersangkut kat bukaan. Demi anak yang tercinta, tepat jam 12.32 a.m. 18/8/13, aku berjaya lakukan push yang paling lamaaaa sekali semenjak 1 jam lalu dan tangisan bayi dah pun kedengaran. Lega beribu-ribu legaaaa.. selesai masyaAllah pertarungan 2 nyawa, akhirnya sekujur tubuh yang comel telah pun berada dalam dipelukanku. Allah Maha hebat, Allah maha besar, dr Allah datangnya segala kekuatan. Midwife minta abang azankan baby tapi kat luar. i wish i can hear it too. Mesti berjijir2 air mata keluar..huuu 

Seterusnya proses keluarkan uri dan menjahit. Alhamdulillah takde masalah. Takde rasa sakitlah aku rasa. Semua berjalan dengan lancar plus ummi tetap ada disisiku teman ku sepanjang proses jahit siap boleh gelak2 lagi dengan midwife yang tengah jahit. Macam takde pape berlaku je tadikan..huhu...Cuma baby kene duduk NICU 3 hari sebab ada selaput merah di kepala disebabkan mak die malas nak push kuat2 biarkan dia tersepit lama2 -_- tobat! x malas2 dah lepas ni..huuu

Kuasa Allah, proses aku melahirkan anak pertama alhamdulillah mudah dan berjalan lancar aja. midwifes semua perempuan,xde laki pun ketika aku bersalin.syukur alhamdulillah. And esoknye aku dah boleh keluar dari hospital dah. Alhamdulillah. Aku takde pape masalah la dengan hospital kerajaan alhamdulillah. Mungkin semua bermula dengan mind set. kalau dari awal lagi dah rasa hospital kerajaan tu teruk, teruk la kita dapat. Positive sentiasa kene ada dalam diri kita. Pasti Allah mudah2kan je...Syukur alhamdulillah di atas pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan ini =)))
  Permataku Abdullah Faaqeh b. Syarifuddin





Wednesday, November 27, 2013

Those beautiful chances

Bismillahirrohmanirohim......

tepat jam 12 malam. Masa untuk diri sendiri pulak. tiba-tiba rasa rindu pada blog yang setahun tak aku bukak. haha..slumber je tinggalkan tanpa kabar berita. kalau tengok post2 yang lepas, baru aku sedar setahun sekali je update yang aku buat semenjak 2012..bahahaha...ok kelakar...tah apa guna blog pun tak tahu kan -_- eh! kejab..jangan bising.Faaqeh dah bukak mata! please tidur balik sayang. ok mata dah tutup.

Haaaa...tiba-tiba keluar nama Faaqeh kan...there! i told you before. everything has totally change! let me briefly story what had happen since end of 2012 until today.

1) 3rd Mac 2012: Rombongan merisik telah datang untuk memetik bunga ditaman. Bunga malu2 tanda setuju ke agenda seterusnya

Kek merisik buat si kumbang

2) 2nd Jun 2012: Majlis pertunangan si bunga dan si kumbang diadakan dengan kecil-kecilan. saudara mara dan rakan-rakan terdekat telah dijemput hadir. Book sudah si bunga itu ^_^ kalau korang nak tahu, kami bertunang masa minggu final exam. tunang hari ahad, selasa lepas tu, papar sr Azrin. memang tunggang langgang la baca. tapi lepas je keluar dari hall, muka bukan main happy and beriya ucap thank you kat sir sebab buat soklan senang. Fortunately, aku dapat A kot untuk subject tu..syukur2... terus rasa macam "kalau la dr awal lagi dah kawin, mesti awal2 lagi suma subject dapat A"..bahahaha
 
 

3) 11th Nov 2012: berlangsunglah ijab dan kabul antara kumbang dan bunga tersebut di Majid Hasanah dan seterusnya majlis resepsi di Village view. langsung tak penah jangka kumbang yang menjadi suami aku itu adalah teman sekelas, teman sekumpulan aku. hohoho... jodoh depan mata ja rupanya Allah hadirkan. sapa budak2 QS tau la macam mana kami "terkenyit2 mata" masa last2 year dalam class tuh...huehuehue. thank you semua yang hadir...ramai sangat alhamdulillah. and sekali lagi syukur sebab hadiah memang best lah..macam dah lengkap dah satu rumah dengan hadiah2 korang. memang saving ok!

Perkenalkan, si kumbang a.k.a suami tercinta Syarifuddin Bin hasan <3 p="">


4) Alhamdulillah Allah hadiahkan rezeki pada kami awal, seulan selepas kahwin, telah hadir ciptaan Allah yang cukup indah dalam tummy ku. dan pada tanggal 18 Ogos 2013, telah lahir kalifah Allah dimuka bumi ini pada jam 12.30 pagi seberat 2.7kg diberi nama oleh ayahnya Abdullah Faaqeh b. Syarifuddin Hasan (Hamba Allah yang memahami/mengerti). Cukup indah pengalaman itu. inSyaAllah entri lepas ni aku cerita pengalaman melahirkan Abdullah Faaqeh pulak.


time past by really fast.. now i am a daughter to Bapak Azimi, A wife to Syarifuddin Hasan and A mother to Abdullah Faaqeh. Thank you Allah for allowing me to feel those precious chances. semoga Allah redho.amin.
 
 

Tuesday, April 10, 2012

Pengorbanan Bapak!

bimillah..assalamualaikum...

tiba-tiba rasa nak meluahkan sangat-sangat sekarang ini...letak ke tepi semua benda..research tergendala sekejab...sambil air mata jatuh laju2 lepas dapat panggilan dari bapak...

sudah jam 11.oo p.m. bapak masih diluar.demi sesuap nasi untuk anak-anak nya..punyalah mencari bank untuk hantar duit dekat aku.tapi terpergi salah bank pulak. teruskan lagi perjalanan mencari bank yang betul dan masih bukak....pukul 11 malam ni...mane la aku tak sedih sangat-sangat..belum habis penat di tempat kerja, teruskan juga useha untuk sediakan yang kepada anak dia supaya anak dia tak kebulur....

that my bapak..my lovely,caring,motherly,fatherly, inspiring, motivational type of AYAHANDA...he can just do sacrificing any thing just to make sure his children equip with everything...every single things!! tak penah tak cukup...aku anak second last..so i dont have experience living together dengan bapak masa bapak terpaksa kerja gigih untuk reach until this level.. Professor azimi...aku membesar dalam keadaan bapak dah achieve the highest level of lecturer..so nak mintak apa je semua dapat...

my mom had past away for the last 5 year..bapak change 100% daripada 100% semua mak yang uruskan anak-anak,hinggakan bapak change sidai kain pun untuk anak-anak..Allah~~he wont never leave us behind even thought he just got new wife which is ummi to us..any decision, he let us be part of the decision..tak penat ketepikan kami semua..how amazing my father is~

hinggakan untuk anak dia kurus pun die sanggup sediakan T_T (wajib kurus ye ibtisam!!) aku rase kesabaran bapak kalau bg range 100%, beliau mendapat 98%...seriously aku boleh cakap,die mirip rasulullah..macam mana die deal dgn org ramai,mcm mana dia deal dgn anak2,mcm mana dia romantik nya dgn isteri...kalau tak percaya,sile datang raya nanti dirumah saya...kawan2 laki aku suke melepak sepanjang satu hari di rumahku semata2 nak jumpe bapak,nak dengar tazkirah dari bapak...

seriously, i wish i could have husband just like my father..insyaAllah ada! coming soon..sedang di bentuk oleh bapak..hoho...selagi aku belum bergelar isteri orang, aku masih dibawah tanggungjawab bapak...apa sahaja dosa yang aku lakukan bapak pun dapat jugak..
how could you imagine doing sins and the sins being shared to your beloved father....how cruel are you~~sanggup ke aku perlakukan begitu pada dia...dari mulut kata sayang...dalam hati DUSTA semata-mata....Allah~~~

i am not a perfect woman.i do make lots of dosa...same goes to our action to Allah...dengan ayah sendiri pun sudah kita rasakan pengorbanannye,nak banding dengan kasih sayang dan rezeki yang Allah bagi~~~~~~Allah~~~~~~~~tak terhitung banyaknya..tapi tetap tak ikut cakap Dia, tetap buat larangan Dia...lagi besar DUSTA nye!!! this is just a simple mechanism yang boleh buatkan kita berfikir dalam-dalam tentang makna TERIMA KASIH.....

we are insan..Always being ribbing with lots of things...something yang indah2 didepan mata sebab kita tak nampak sendiri keindahan yang Allah dah janjikan disebalik imaginasi kita..that is norms...BUT we can CONTROL!! that is the function of muhasabah setiap malam tentang apa yang dah dilakukan sepanjang hari itu....Allah siap dah bersumpah dengan manusia yang mempunyai NAFSU LAWWAMAH dalam surah al-qiyamah...Allah dah tau macam mana ciptaan Dia...akan sentiasa tergoda dan akan bertaubat dan akan buat kembali kesilapan itu..yang penting TAUBAT...thats the only thing yang Allah mahukan daripada hamba dia...

Taubat to Allah...khidmat berterusan,berjaya dunia akhirat, always say sorry to our parents..insyaAllah hidup pasti akan dapat berkat...itu JANJI ALLAH!!
"redho Allah hanya pada redho ibu bapa"

post serius daripadaku yang terharu yang amat sangat..nasihat untuk diri ini lebih-lebih lagi...sekian

wasalam...

Thursday, March 29, 2012

Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga???

bismillah...maha suci Allah

hati berfikir sejenak...memikirkan kesalahan yang besar apakah telah aku lakukan selama ini..bukan inginkan diri dihargai kebaikan yang dibuat..hanya mengharapkan kebaikan itu tidak dilenyapkan hanya kerana pekara2 yang kita rasakan remeh..tapi mungkin tidak remeh bagi nya...mungkin..

NOT AT ALL!


tidak adil la dalam menilai manusia kita menggunakan peribahasa ini "kerana nila setitik rosak susu sebelanga"~~ terasa kejam apabila dengan kesalahan yang kecil, kita menghukum manusia secara menyeluruh...sampai terlupa akan kebaikan yang telah dicurahkan selama ini...

bagaimana dengan menjadi penemannya? bagaimana dengan berada disisinya ketika susah? bagaimana dengan duit yang telah dikeluarka
n untuknya? bagaimana dengan spent time makan askrem dengan nya?bagaimana dengan melayan kerenah cuddle2 nye?? noooo~~ bukan untuk mengungkit...but it is something to be ponder before punishing and sulking people around you...thats no fair at all...

bila bercakap soal kejahatannya, kita sering lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut..kita menghukum dan menilai dosa peribadi orang lain berlebihan sehingga seakan kita sunyi dari kesalahan....

THIS IS PENAWAR ORANG MUKIM


Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia..sampai kita keliru dalam menilai mereka.. tapi bila kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul. this is true indeed~

ingatlah islam mengajar kita adil dalam semua perkara termasuk dalam membuat penilaian terhadap seseorang. Adil terhadap setiap pihak walaupun pihak kita benci dan bermusuhan. Allah menyebut (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”. (Surah al-Maidah: 8).


keabadian dan ketundukkan kita pada Allah akan melenyapkan segala salah faham kita pada dunia....hati bila merasakan yang hebat itu hanyalah Allah, tidak akan terasa pada dirinya untuk menghukum manusia walau jahat bagaimana pun sekelilingnya...sebaik-baik akhlak adalah akhlak rasulullah..amazing him for not keeping any grudge though evil were relentless over him. subhanaAllah~~

semoga kita dipelihara daripada perasaan hasad dengki dan berbalas2 kesalahan ini...aminnnn


wasalam...