Saturday, August 12, 2017

The 3rd labour experience πŸ˜‹

Bismillahirohmanirohim..
Bertemu lagi kita selepas 2 tahun ye blog 😁😁Ni nama nya tempat wajib tinggalkan sejarah pregnant journey πŸ˜…πŸ˜… 

2017, alhamdulillah abg faaqeh dah 4 tahun. Kak nafysah dh 2 tahun.

Semoga Allah kekalkan kesihatan dan pelihara mereka dimana saja.amin..Dannn 2017 jugak..lets enjoy reading my 3rd deliver journey😎😎

Kali ni adalah pregnancy yang paling x dok diam. Sampai 6 months masih zumba and main netball. Lepas2 tu dh slow2 exercise dengan students je. Sampai la 8 bulan dah dok diam2 tak melompat dah..haha. alhamdulillah Allah lancarkan semuanya😚😚

In week 39, bangun je daripada tidur, ada keluar air. Rasa macam banyak tapi x mengalir. Jalan lagi, keluar lagi. Ni dah confius dah air apa ni. Terus ajak encik abang cek kt klinik air ketuban cukup ke tak.

Ke klinik aisyah la kami. Doktor cek sume ok xde masalah. Sekali dr kata "jom kita cek bukaan" 😲 aisey! Perlu ke!! Redho je. Cek2, Tetibe dr tu ckp "awk ni nak bersalin kt sini ke?? Dh 6cm dh ni!!" 😲😲😲 pengsannn. Terkedu! laju terus heart beat

Zoomm terus ke pusat bersalin berisiko rendah presint 8. "Saya dtg sbb klinik ni kata saya dah 6cm" pengakuan jujurku..haha. doktor pun cek. "Awk biar betul. Ni 2-3cm je ni" 😲😲😲sekali lagi pengsan.haha. patut la xde rasa sakit ape pun lagi. " dah.awk pergi jalan2 kat alamanda dulu. Kang dah rasa sakit kuat,datang sini balik. Jangan keluar putrajaya tau! " baik doktor.

Aku pun dengan mendengar katanya ajak suami pergi balik rumah, tidur dulu ngantok.haha. sebelum tu makan cakoi gebu fizomawar dulu. Tiba2 hanset pula buat hal xleh charge. Alang2 nak cepatkan bukaan Suami ajak beli hanset pula dekat mines. Pukul 9 mlm dah sakit 1 to 5 minutes. Pergi singgah dinner dulu tapi x lalu dah sebab sakit dah kuat.

Pukul 10, sampai di PBBR presint 8. Doktor cek, "3cm lagi ni. Takpe saya try besarkn sikit". Sekali, bunyi PUPP!! ketuban terpecah wehh. Doktor terpecahkan. "Alamak.sori la. Kami terpaksa hantar awak ke hospital putrajaya sebab ni dah high risk" πŸ˜–πŸ˜–πŸ˜– aku redho, ikutkan saja.

Tapi lepas je doktor tu terpecahkn ketuban,contraction dah kuat. Masuk ward hospital putrajaya pukul 12 malam. Aku plan nak tido cepat2, kang nk push xde tenaga pula. Ya ampunn x bolehh sebab sakit dh kuat setiap 2 minit. Mata je pejam,otak melayang2 tahan sakit. Sampai lah 1.15 pagi dah sakit kurang seminit and nak teran dah.

Doktor cek dah 6cm. Doktor masukkan ubat poo poo. Mula la saat yang huru hara!! Nurse cakap "ok awk pergi toilet,tapi jangan teran taw! Biar je poo keluar sendiri". Aku dalam toilet tu x keruan habis. Dengan rasa nak poo poo nye and rasa baby nak keluar nye. Cuba bayangkan, nak kene tahan dari baby keluar sambil nak kene keluarkan poo poo 😣😣😣 celaru habis time tu. Keluar masuk toilet sebab perut memulas2 tengah celaru nak apa sebenarnya.hahaha.. nurse pula sebok carik wheelchair and document2.

Cepat laaa nursee saya nak teran dah ni!! Wheelchair pulak uzur naa rupenye..stuck2 pulak. Aku dok bongkok kepit perut aku. "Awak sandarlah" " xleh nurse,kene kepit dari nak teran dah ni" haha..

Finally sampai di labor room. Terus nurse cek "ok! Awak boleh teran dah!" Aku push sekali lame gile. Nurse suruh stop2. "Heartbeat awak dah tinggal 1 je ni" hahaha. Push lagi,kepala keluar. Lagi sekali, keluar semua. SubhanaAllah. It happen so fast. Allah lancarkan semuanya.

Tiba la encik syarifuddin di labor room terpinga-pinga nurse tengah pegang baby. Dia ingat tu baby patient sebelum ni. Rupanya anak dia la dah selamat keluar. Tak sempat dia masuk, baby dah selamat keluar. Summa Alhamdulillah.

Inilah dia Abdullah Faaeq bin Syarifuddin (papa nya pilih nak Faa juga 😏😏) Hamba Allah yang terkemuka. Dilahirkan pada 16 july 2017 pada jam 1.50 pagi.



Semoga Allah menjadikan Faaeq terkemuka dengan kebaikan mu untuk agama,keluarga, dan seluruh di langit dan dibumi. Semoga senang untuk mendidik kamu seperti mana senang mama melahirkan mu. Amin ya Rob

No comments: