Tuesday, November 30, 2010

sukalah dengan yang ada.....

salam..
1/dis/2010-->5 hari lagi untuk result keluar..bedebarnya.tapi2 tiba2 terfikir......
impian, kenangan, angan-angan, kenyataan...
sangat sinonim dengan hidup kita..daripada kecik lagi dalam mind masing2 ada cita2,nk berjaya,nk bahagia,nk kaya,nk pasangan yg cantik hensem...kesimpulnnya segala-galanya nk positif saje..haha..sape je yg x nak bende2 yang menyenangkan dlm hidup dia..

but when life go through, everything change...ada angan-angan kita jadi kenyataan, ada yang hampir2 je nak dpt, ade yg terpesong terus..xde kaitan langsung dengan angan-angan kita tu..
itulah sebenarnya lumrah hidup yang kita kene terima..kita memang diberi ruang untuk berkhayal,berangan2, merancang...tetapi yang mutlak memegang ketetapan sesuatu itu adalah Dia iaitu Allah sendiri..
tapi,orang selalu salah tafsir dengan statement yang "kita tunggu jelah ape yg Allah bg,sbb sume Allah dh tetapkan dah"..bukan tu mksudnya..kita tidak boleh hnya menunggu kejayaan yg datang tanpa useha..tapi kita kene faham yang Allah Maha bijaksana dalam merancang segalanya.Dia lebih tau apa yang terbaik untuk hambanya.sama ada dalam bentuk kezaliman ke penganiayaan ke, semua tu ada tersirat sesuatu hikmah yang terahsia maknanya.
bila impian tak tercapai,mulala kita rasa kecewa,sedih, salahkan takdir, rasa diri ni teruknye xdpt capai target..tapi kita perasan tak, drpd apa yang kita x kecapi tu,sebenarnya byk lagi rezeki atau pemberian yang Allah dh bg dalam keadaan sedar atau pun tidak pada kita..cuma kita je yang gagal selami maksud sebenar ketentuan Allah tu and tak nampak apa sebenrnya kehendak takdir Allah tu..

trust me!byk sebenarnya bende yang kita rasa baik tapi rupa2nya sgt buruk untuk kita.tapi yg kita rasa buruk pulak,rupa2 nya yang terbaik untuk kita. manusia ni selalu pandang sesuatu gune mata kasar je,fkir bnde yg nmpak jek.yang tersurat kita x tau..
since kita dah useha bagai nak gila,doa pun dah banyak sgt dah panjatkan dekat Dia..tinggal nak tunggu je ape yg kita capai..then give 100% trust to Allah for what going to happen then..set dlm mind yang even tak dapat pun, tu bukan sebab aku tak useha,tp tu sebab Allah lebih sayangkan kita,jadi dia pilih yag terbaik je untuk kita or mungkin Allah nak pelihara kita dr perkara2 yang boleh menambahkan dosa kita (riak ke)...kalau dpt yang terbaik,maknanya Allah yakin yg kita layak untuk miliki kesenangan and kejayaan tu..

Dari Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: "Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu." Tetapi berkatalah: "Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya," sebab sesungguhnya ucapan "andaikata" itu membuka pintu godaan syaitan." (Riwayat Muslim)

jadinya...SUKALAH APA YANG ANDA ADA ^_^ syukran

1 comment:

syahas said...

syukurlah ape yg Allah dah tentukan utk kite smue~~
=)